Sunday, December 19, 2010

maybe...

................................................................................................................



" Kalau awak masih tak ada kata putus untuk hubungan kita ini, biar saya bagi tahu keputusan saya. " Amsyar berpaling.  Cuba mentafsir maksud ayat gadis di hadapannya.

" Awak, apa yang awak cuba nak sampaikan ni?" Amsyar mencari anak mata Liyana. Jangan awak... tolong jangan lafazkan ayat tu! Matanya cuba menyampaikan kata hatinya.  Harapannya supaya Liyana faham.

" Saya tak mahu keadaan terus jadi kucar-kacir macam ni.  Lagipun, perjalanan kita masih jauh.  Kita tak diajar untuk pentingkan diri kita kan Syar?"

" Tapi, kalau kita bersama-sama fikirkan penyelesaiannya, maybe it gonna works out. Let give a try, please..." Amsyar masih cuba merayu.  Liyana, you're my only hearth robe

" Kita dah pernah cuba.  Dan still mencuba.  Sampai sekarang tak pernah dapat jawapan untuk hubungan kita Syar. kalau awak nak kata saya mudah mengalah, tak apa.  Saya cuma nak awak terima keputusan saya ni, Syar."

I don't be the one to say goodbye
But I will, I will, I will
I don't wanna sit on the pavement while you fly
But I will, I will, oh yes I will

Air mata menitis jatuh.  Laju.  Makin deras.

Kalau ini memang yang terbaik dalam perhubungan ini, biarkan aku menangis hanya untuk ketika ini.  
Babah dan umi sudah berulangkali bertanyakan perhubungan kita Syar.  Apa saya nak jawab lagi, kalau mereka dah tak restu.

Amsyar menghela nafasnya.  Berat.

" Liyana. awak pasti? Benar-benar pasti dengan keputusan awak?  Dan awak tak akan tarik keputusan awak walau macam mana saya merayu depan awak dan keluarga awak?"  

" Ya Amsyar.  Saya harap kita tamatkan hubungan kita setakat ini.  Jodoh mungkin tidak menemukan kita kali ini."  Liyana terus menunduk mengucapkan baris kata yang menghiris hatinya.  Ayat perpisahan.  Kepada lelaki yang masih dicintai sepenuh hati.

" Yana, saya doakan kebahagiaan awak dunia akhirat.  Saya sentiasa mendoakan, agar ada jodoh kita suatu hari nanti.  Maafkan saya atas segalanya, awak. I love you.  Always."

Usai ayat terakhir itu, Amsyar terus berpaling.  Melangkah pergi meninggalkan Liyana.
Mendengar derap langkah lelaki itu meninggalkannya, Liyana terus angkat muka.  Matanya yang kabur memandang kelibat tubuh lelaki itu melangkah pergi.  Kabur dan terus hilang.


'Cause maybe in the future, you're gonna come back
You're gonna come back around
Maybe in the future, you're gonna come back
You're gonna come back 

Oh, the only way to really know is to really let it go
Maybe you're gonna come back, you're gonna come back 
You're gonna come back to me

Selamat tinggal Amsyar Zahari...Maafkan Yana..





................................................................................................................
*Ingrid Michaelson - Maybe

No comments:

Post a Comment