Monday, November 29, 2010

karaoke ?



Dan...
Bila esok datang kembali
Seperti sedia kala dimana kau bisa bercanda

Dan...
Perlahan kaupun, lupakan aku
Mimpi burukmu
Dimana t'lah kutancapkan duri tajam
Kaupun menangis, menangis sedih
Maafkan aku...

Dan...
Bukan maksudku, bukan inginku
Melukaimu sadarkah kau di sini 'kupun terluka
Melupakanmu, menepikanmu
Maafkan aku

Lupakanlah caci maki saja diriku
Bila itu bisa membuatmu kembali bersinar
Dan berpijar seperti dulu kala






uhuk uhuk. 
sakit tekak menyanyi.
lately asyik ulang nyanyi lagu ni je. bangun tido, sebelum tido, lepas sembahyang. ahhh..kronik kronik!
entah makhluk Allah mana la punya baik hati sangat pegi send lagu ni kat aku. grrrrr...
tak pasal-pasal orang kata aku tak mengikut perkembangan muzik. cis! aku tau la lagu-lagu baru, cuma aku tak layan je..ahaha. 




ouh. terima kasih daun keladi untuk penghantar lagu itu. siap acoustic petik-petik gitar nyanyi ala-ala macam kat konsert. haish~ nasib suara kau takat average aje. kalau tak maun aku lempar handphone aku atas tilam! 


tapi, saya sukeeeee! sebab saya dah lama mau dengar orang petikkan gitar untuk saya.. 




sebenarnya, nak belajar gitar..tapi tak pernah gheti. plus malas nak on9 bukak youtube. pemalas!



kamu! boleh tak mula conversation esok hari?
esok last day keje. yabedabeduuuuu!!

Friday, November 26, 2010

another two days

aina amirah..i'm gonna miss u

[nada agah budak kecik]
baaaa........chakkkkkk!
baaaaa.....chakkkk chakkk chakkkkk!

ihik hik hik! [nada baby gelak-gelak]



ahhh...lagi dua hari kerja. lepas ni tak dengar dah bunyi baby nangis pagi-pagi, gelak lepas mandi. akan rindu dengan mereka semua nanti. kejap je kerja, tapi memang meninggalkan kesan.

and maybe sebab diorang dapat agak yang aku pun akan berhenti tak lama lagi, maka macam-macam hal diorang buat. padahal budak yang datang tak ramai pun.
ada yang nangis tak henti-henti, baby pulak nak sentiasa berdukung. tak nak lepas pulak da. budak-budak besar yang sebelum ni tahu je nak mandi sendiri mula gedik-gedik mintak dimandikan.



and paling akan aku ingat, tragedi aku dihimpap buaian. sabar sabar...
dah cakap banyak kali jangan main-main dekat situ. tapi degilnyaaaaaaaa, Masya-Allah!
memang nasib baik sangat buaian tu hempap aku je. kalau la terhimpap baby or budak lain, penat pulak nak menjawab dengan parents. mau masok mahkamah la pulak nanti!

paling syokkkk sekali, dah dapat GAJI in advance!
hooo-rrayyyy!
makcik aku cakap " tahniah and terima kasih banyak-banyak sebab dah tolong achik! anyway, lepas ni boleh la kerja sini kalau achik mintak tolong ey?"
aku pun senyum sengih sengih je. bukan tak nak kerja! penatttt & sikap mengantok aku yang tak terbendung ni memang halangan terbesar untuk aku terima kerja macam ni.




tapi ada lagi DUA HARI.
counting daysssssss...........
to sleeppp...

tidak berjiwakah?

L untuk Lesung
A untuk Aku

L : kau pernah baca novel Sepi Tanpa Cinta?
A : pernah kot. tapi tak ingat sangat. kenapa?
L : hero dalam novel tu handsome!
A : huh? novel melayu sekarang dah ada gambar ke?
L : bukan la. aku bayangkan je.
A : ouh... power jugak bayangan kau. aku tak pernah dapat bayangkan muka handsome tu macam mana. tiap kali aku cuba, mesti muka tu akan jadi blur.
L : apa susahnya? kau bayangkan je muka macam mana yang kau rasa handsome.
A : aaaa... aku tak reti la.
L : haish. pelik la kau ni. bayangkan jenis pasangan yang kau nak la!
A : lagi la aku tak dapat bayangan. aku terima je orang tu seadanya nanti. agaknya sebab tu muka orang dalam bayangan aku asyik blur kot.
L : habis? kalau tak menepati ciri-ciri kau nak?
A : aku tak pernah letakkan syarat. cukuplah kalau ada basic seperti dalam sunnah.
L : mmm...tapi, kalau aku, aku nak yang ...........blah blah blah........

aku cuma angguk angguk, senyum. hebat betul ciri-ciri pasangan dia nak. semoga kau bertemu pasangan yang sesuai Lesung.

memikirkan tentang ciri pasangan, sungguh! aku tak dapat nak beri details. mengetahui diri yang masih punya banyak kekurangan, rendah diri la pulak.

pandang kanan, kawan-kawan semua dah kelek pasangan. tak mungkin untuk aku buat masa ini.
pandang kiri, aku sibuk membantu dalam urusan hantaran dan kenduri perkahwinan saudara.
pandang ke hadapan, perjalanan aku mungkin masih jauh. kenapa aku perlu sibukkan diri memikirkan hal ni?
pandang ke belakang, jalan yang aku lalui kebanyakan masih sama. dan aku semakin bosan. perlukah aku berubah?

muka bergaya, hati papa kedana. tak mau lah!
biarlah jiwa kaya..
jangan nak kata aku memilih.
seperti yang aku katakan, perjalanan aku nampak masih jauh.
jodoh tu kan rahsia Allah.

tak bercinta bukan bermakna tiada jiwa kan?
terimakasih atas ambilberat itu...

Thursday, November 25, 2010

sepak penyepak menyepak tersepak pak pak pak!


friends
together.
happiness. sadness. craziness.

seronok hidup kalau kita jumpa kawan yang 'masuk' dengan kita kan? semuanya kita boleh share sama-sama. tapi, sedar tak..susahnya nak jumpa kawan yang macam tu.
kadang-kadang, awal-awal memang 'masuk'. tapi, lepas dua tiga bulan, semester berubah, angin dia pun berubah.

ada pulak, yang awal-awal kenal, molek aje. tapi bila dah start berpasang-pasangan, i love you, i miss you muah muah... berubah.
180 degree.
tapi ini, tak mahu lebih-lebih. sebab kita ni sendiri pun terumbang-ambing. tak tahu lagi macam mana kan.

sedihnya... bila kawan kita, terus mengikut jalan hitam bila kita dah tolong pimpin dia ke jalan terang benderang. ape? nak bagi torchlight pulak?

aku ada sahabat yang telah mengecewakan aku. seperti itu.
ye! aku mengaku, aku salah kerana tak tolong luruskan jalan yang bengkang-bengkok itu. tapi, macam mana kalau dia sendiri tak nak menolong diri sendiri kan?
mungkin dia dah pernah luahkan kemaafan.
tapi buat apa, kalau itu hanya sekadar luahan di bibir. aku tahu, hati dia bukan selembut itu. maksud aku, ketika itu.
semuanya beralasan. dan aku tak suka!

maaf andai aku tidak melayanmu seperti seorang sahabat seadanya
selepas peristiwa kelmarin.
and i'll be one of the bullshitters...

In real life, no one really cares about you. When youre in trouble, only 2 out of 10 will stay with you, giving their hands and say "Dude, let me help you". While, the others (who I'll call 'em fcking bullshitters), will come to you, asking "Hey wassup?", and then walk away. ~ Eppi Bin Ancker

credit to The Other Khairul for this telling.

Tuesday, November 23, 2010

dah keluar ke?alaaaaa :(


-nursery-

hallo hallo.
boring betul asyik post pasal nursery. sorry la. jakun sikit sebab tak pernah kerja nursery.


hari ni dhiya [budak yang parents die slalu buat hal itu], secara officialnya sudah berhenti dari nursery, sob sob sob... sedih sangat, memang la budak tu selalu buat hal. tapi aku suka dia.

budak tu cantik. serius!
first time aku nampak dia, aku dah suka, tapi 1st impression aku selalu salah. ahaha.

kalau besar, budak tu sesuai jadi model. rambut dia cantik. petang-petang aku suka main-main rambut dia. and dia la antara budak yang paling bergayaaaa sekali di nursery tu. tapi, pengasuh yang lain tak suka dengan fesyen baju yang dia selalu pakai. alamak..stylo tuh~
pastu mata dia bundar. comelllll!!!!! alamak. ape kena aku ni?
ah.. aku tak pedulik. mood sedih tak dapat jumpa dhiya lepas ni.

ouh. tadi mak dia datang bayar duit. aku perhati je. aku rasa dhiya ni ikut mak dia. mak dia cantik jugak. putih. mata pun besar.
bapak dia? hmm...bapak dia polis tau! patut la soal siasat aku macam aku serial killer aritu. mampos aku tak pedulik!
tapi, aku harap dhiya tak ikut perangai parents dia. memandai aku je nak kata orang. tapi betul! dhiya, tolong laaaa.. don't follow the attitude ok! u're a good gurl rite? ahaks.

sayonara dhiya... i miss you~ (hampeh kunyit!)

Monday, November 22, 2010

"kalau la saya tak pass exam dulu kan bagus.."


X- still in nursery mood -X



harini, aku kenal dengan sorang budak baru. amir mukhlis nama diberi. so chinese look! cute lorh~
mak dia doktor. tapi pagi tadi aku dengar mak dia mengadu.. "kalau la saya tak pass exam dulu kan bagus.."

?????????????????????????!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

terkejut jugak dengar. doktor cakap camtu? habis, apa guna belajar perah otak dekat 5 tahun lebih? sooo, pelik! and, dia ada mention, yang dia tak larat dah dengan kerja dia sekarang sebab kena hadap kerenah pesakit yang macam-macam. aish~dah nama pun doktor kan? tak kan la pakguard kat hospital kena tambah skop kerja baru untuk layan kerenah patients. kalau macam tu, baik dia sambung degree amek medic jugak. huhuhu~

end up, rupanya..selama ni, dia study amik medic sebab mak dia. padahal dia minat bisnes.

dia cakap dalam kepala dia sekarang pikir nak sambung study je, so..nanti dia takyah jadi doktor yang rawat-rawat patients, but naik pangkat jadi doktor yang incharge dalam bilik aje. sooo good lorh! atleast, dia still pikir solution yang terbaik untuk menggembirakan mak dia [she will still on the track] and satisfy herself [tak payah hadap macam-macam kerenah patients]

apa-apa pun, i nak wish you good luck doc! and your son is sooooooo damn cute..cuma, dia asyik nak berdukung je & tak nak berenggang. haiyo haiyo~ we also have another child to be attend lah.


sayeharapbudakitudatangesok
sebabsayeakanrindudia
kalaudiabetul-betulberhenti
daritaska.

Saturday, November 20, 2010

jangan macam ni bang...


sorry.. you are in nursery zone!


pagi-pagi aku datang kerja seperti biasa.
hirup udara segar. fresh!

kerja ni sungguh mencabar. warning sekali lagi! kerja aku sungguh mencabar.
kalau kau nak rasa cabaran dia, kau try dulu handle dua tiga budak. average, sorang baby. sorang umur 3 tahun. sorang umur 5 tahun. ready?
pastu kau jaga dari pukul 7.30 pagi sampai pukul 5.00 petang.
syarat : jangan lari or pass kat orang lain.
kalau kau boleh handle, tolong ganti tempat aku kerja sekarang. diorang memang tengah cari pekerja tu. boleh aku blah cepat.

sambung cabaran part 2.
bila ada parent datang awal pagi bawak anak tengah melalak.
aku yang memberi senyuman penuh ikhlas di hadapan pintu, disergah & disoal siasat macam la aku ni serial killer. salahkan kami macam kepala anak dia dah berlubang.
eh?apa ni bang? [muka kau layak aku panggil pakcik tau tak!]. sebal betul aku orang macam ni.
tapi budi bahasa masih tinggi. aku diamkan je. orang muda kena hormat orang tua kan?
senyum ikhlas tadi pun dah boleh jadi sengih berbayar dah.
cara handle paling malas :
diri dengan muka memberi perhatian. angguk sikit. geleng-geleng. senyummmmmmmmmm sampai parents tuh blah. lambaikan tangan anda bersama anaknya yang ditinggalkan. sekian terima kasih makcik/pakcik.
kalau ada sedikit keberanian. kau fight sikit. guna physchology deal dengan mereka. paling-paling, esok luse dia boleh pindahkan anak dia. good job!

harapan sebelum aku quit kerja ni :
aku harap aku boleh bekalkan nasihat berguna untuk parents berkenaan.
erm... apa ek?

bersabar untuk 7 hari bekerja lagi.. sabar sabar!


Friday, November 12, 2010

‎1,2,3! namakan *clap clap clap*

pernah tak rasa bohsannnn sangat on9 sampai tak tahu nak buat apa? pernah? pernah?

masalahnya aku selalu rasa. sampaikan rasa macam nak main tepuk amai-amai dengan skrin pc ni sekarang. yes! sekarang!

1,2,3!
namakan *clap clap clap*... 2 jenis *clap clap clap*... yaitu *clap clap clap*


PANG! mampos kena penampau dengan mak aku.

layan video nih..


again. by CST Production.




choc+cheese


H untuk Hantu.
A untuk Aku.

H : awak pernah makan kek lapis sarawak?
A : haish. pernah la. haritu abang sedara belikan. ada lagi dlm fridge.
H : ouh~ ingatkan tak pernah tadi.
A : penah. paling suke choc+cheese! tapi haritu adik dah habiskan.. =(
H : ch0c+cheese? my fav too! serious sedap. hmm... kalau awak nak, nanti saya poskan.
A : heh..saya main-main je la..
H : dah agak da. awak mesti cakap camtu. nanti bagi address. saya poskan.
A : seriously?
H : iye. ni limited edition ni.
A : hooo~ thanks awak =))

kalau beli kek lapis sarawak, jangan lupa beli choc+cheese. serious sedap! craving until now...

Wednesday, November 10, 2010

i'll take the risk !

i am independent !

so. ibu & ayah jangan risau ok.

i'll take the risk !

dah-dah. jangan pikir banyak-banyak...

*pandang kiri kanan, pejam mata. atas bawah, pejam mata*

insya-Allah !

will you fly me away?


Annie Little - Fly Me Away

Silver Moons and paper chains,
Faded maps and shiny things.
You're my favorite one-man show.
A million different ways to go.

Will you fly me away?
Take me away with you,
My love.

Painted scenes, I'm up all night.
Slaying monsters, flying kites.
Speak to me in foreign tongues.
Share your secrets one by one.

Will you fly me away?
Take me away with you,
My love.

Now I cant think what life was like
Before I had you by my side.
Cant say what I'd do without you,
Knowing what its like to have you.

Hidden walk ways back in time.
Endless stories, lovers cry.
In my mind I've been set free.
Will you take this Journey
You and Me?

Will you Fly me away?
Take me away with you,
My love.

Fly me away with you,
My Love.

Take me away with you,
My Love.



i think this song is super duper cute *wink wink* & kind off Lenka

p/s : sorry that i didn't put the video or music along because i don't know how to do it

Tuesday, November 9, 2010

kerja kerja

cuti cuti cuti.

haish..boring jugak cuti kalau tak ada benda nak buat. kalau hari-hari duk tengok movie sampai tv dah panas macam microwave, on9 berjam-jam sampai laptop dah hang, kunyah-kunyah makanan sampai rasa kena buat treatment gigi, maknanya aku kena tetapkan matlamat cuti secepat mungkin...

tapi, cuti kali ini maybe lebih bermakna, sebab aku akan mula bekerja. oyeahhh~ malas sebenarnya.
heh, kerja untuk dapat experience tau! *try to be +ve*

disebabkan makcik aku buat offer paksa-rela dekat aku, aku buat keputusan untuk start bekerja minggu depan. lagipun, ibu aku dah keluarkan ayat taknak tanggung duit sewa rumah aku waktu cuti. dalam purse pun aku korek-korek nak beli roti, adela tinggal seringgit lapan puluh lima sen. cukup la untuk tanggung hidup seminggu ni.

looking forward to be : babysitter!

p/s *utk parents kpd bayi yg aku bakal jaga* : sila buat pendinding untuk bayi anda sebelum hantar terus kepada saya.


Sunday, November 7, 2010

welcome welcome, HOLIDAYS !

sudah-sudah dengan mood exam. noktah. tamat. hah? korang tak abis exam lagi? nasib laa..
aku dah tamat semester ni. repeat? lulus? nanti baru pikir!


sekarang nak usha mood cuti pulak. tapi takde jalan-jalan. duit takdo.
kali ni aku nak welcome-welcome mood exclusive dari rumah parents aku.
mood cuti-cuti kali ni memang aku gerenti menjamin terjamin boleh dapat free dari rumah.
sonang yoo..



1. kau keluarkan semua stok movie, dvd, cd. masukkan dalam player, and press PLAY.

2. kau masuk bahagian dapur rumah. try bukak peti sejuk. banyak makanan kan? kau bawak keluar makanan tu sambil kunyah-kunyah tengok movie.

3. cuba try golek-golek atas katil empuk tu. pastu dengan selimut tebal, kat luar hujan lebat. perghhh!!! paling heaven!!

4. dapat pulak, on wireless, sambil on9 atas katil empuk. bukak fb, bace blog, stalk sana-sini. memang tak keluar bilik la jawabnya.



so, itu antara step-step nak dapat eternal mood cuti daripada rewang sana-sini buang duit kan?
perfect sangat untuk orang pokai macam aku.

sekian,

welcome holidays!

Monday, November 1, 2010

i hate you

awak, awak tahu tak? saya benci dengan awak. sangat-sangat... awak nak tahu kenapa? banyak sebabnya awak... betul! saya tak tipu, awak... saya benci awak sebab awak selalu ambil berat pasal saya.... saya lagi benci awak sebab awak selalu ada masa untuk layan saya merepek... ada lagi ni awak... saya benci sebab awak selalu ada bila saya perlukan teman... dan paling saya benci bila awak motivate saya waktu saya tengah down... awak, banYAK sangat benda yang Saya benci pasal awak, tapi awak tak pernah mengelak atau mengeluh bila saya saje kacau awak time study, time awak tengah Rilex-rilex, tengah makan... Dan awak tau tak apa yang sebenaRnya sebab saya benci sangaT dengan awak? SAYA BENCI AWAK SEBAB SAYA SAYANG AWAK SANGAT-SANGAT. awak. tolong jangan tanya lagi kenapa saya benci awak eh? promise? tq awak.....