Thursday, December 16, 2010

sensitifnya hati ini

assalamualaikum,

tiba-tiba hari ni aku jadi sensitif. adik aku usik sikit, aku terus merajuk.

bila aku tengok phone, aku buka mesej-mesej lama dari dia. aku rindu! betul, aku tak tipu.
aku scroll semua mesej dia. ahhhhh! kenapa aku macam ni?
dulu aku hati besi. bagi jela ayat macam mana, tak cair pun. tapi sekarang? kalaupun mesej pendek "ok" dari dia pun, aku dah macam baru dapat award. serabot serabot!



tiba-tiba aku menangis. menangis sebab terlalu rindukan dia. kenapa aku boleh jadi selemah ini, ya Allah.
aku tak nak menangis sebab seseorang yang tak nak menghargai diri ini. kalau betul dia jodoh aku, kau bukakanlah pintu hati dia untukku.
untuk menerima diri ini seadanya.
kalaupun dia bukan untukku, kau hadirkanlah insan yang dapat membahagiakannya. seperti mana aku bahagia adanya dia disisiku. dan kau kuatkan hatiku, untuk menerima segalanya. dan tabah dengan hidup ini.




and suddenly i think i fallen for you...

2 comments:

  1. adakah situasi yg sedang kita lalui ini serupa??

    bila sampai satu tahap kau mengalirkan airmata kerana dia..itu maknanya kau sayang dia lebih dari seorang kawan...dan apabila kau mengalirkan airmata..kau sebenarnya sedang bergelut dengan harapan...dan kau takut harapan itu tidak menjadi kenyataan...

    same2 doa..aku pon begitu

    ReplyDelete
  2. mungkin la lumut.

    aku pun xtau apa yang aku harapkan dari dia. tapi, aku memang rasa aku sayang dia lebih dari kawan. aku mengaku.

    moga2 doa kita dimakbulkan lumut (:

    ReplyDelete