Sunday, October 24, 2010

the most inspiring wishes

Buat Anaku !
Selamat menyambut Hari Lahir
Belajar terus belajar
Ingat lah bahawa ibu dan ayah tiada dapat memberikan dan meninggalkan harta dunia selain dari ilmu
Jika Ibu dan Ayah tiada duit akan diusahakan samada mengeluar dari sumber simpanan, meminjam di Institusi Kewangan mengadu pada saudara, memgadai atau mencairkan harta ,semuanya untuk memberikan kejayaan anaku menimba ilmu.
Disamping itu percayalah bahawa segala usaha ini adalah diatas titik peluh dan kudrat ibu dan ayah mu - DEMI ALLAH
Ayah dan Ibu tak minta apa-apa
Ingat akan Ayah dan Ibu cukuplah
Bukan pembalasan harta keduniaan dipinta , doakan sahaja kiranya kami tiada di dunia lagi
Sebagai Anak yang sulung
Adalah tugas mu untuk mengawasi dan membimbingnya untuk kesejahteraan dunia dan akhirat
Jika kami telah menempa kejayaan
Ingat bukan wang dan harta yang di pohon , saperti pesan orang yang lebih tua
Lawatailah orang tua mu semasa masih dapat di lihat, berbual dengannya semasa masih boleh berkata-kata. Rasai kemesraan tangannya semasa ianya masih boleh mempunyai daya rasa.
Suapkan makanan kemulutnya semasa ianya masih boleh makan dan minum.
Jangan lupa kitapun akan tua suatu masa nanti tak perlu bertangguh
Untuk anakku ,belajar dan kejar cita-cita mu.
Ingat dengan doa Ibu dan Ayah disamping Usaha dan keberkatan Allah pasti kejayaan diperolehi..



Inilah ucapan hari lahir dari seorang ayah untuk anaknya. dan inilah ucapan yang paling bermakna tak kira bila masa, i'll never forget it.

Happy Birthday to me, have a blast 20's
&
Happy Birthday ayah, hope we can do well
for our family

Saturday, October 23, 2010

DSLR video

assalamualaikum.

ten is ten. sebenarnya aku simpan entri ke sepuluh untuk birthday's wishes. tapi sebab tengok video orang kahwin macam 'wah, cantiknya!', so jadi macam excited terlebih.

memandangkan tak lama lagi dah nak cuti sekolah, maka start la musim nikah-kahwin yang lasttt untuk tahun ni. so, bagi pengantin, bakal pengantin, or yang ada ura-ura nak kahwin, minggu depan, tahun depan, bulan depan, pan-pan, let me introduce you to this production.

mereka sangat awesome dan video yang diorang buat, aku memang sangat adoreeeee! so, memang bila tengok rasa macam nak kahwin! tapi memang kena kumpul duit. ofcourse nak upah diorang agak mahalkan? hahaha. takpe takpe. bagi yang rasa macam interested, boleh kumpul duit sekarang. lainlah kalau dapat kahwin dengan anak dato', cucu dato', or dato'-dato, kerabat semua. you'll be very grateful larh.

so so, mereka ini ialah CST PRODUCTION. pernah dengar? dekat facebook ada. and some other video di vimoe.com. mereka buat video guna dslr & ofcourse it will look very good. and the most superb is the one using the iphone4. buat video gune iphone pun cantik tau!

and tiba-tiba rasa macam jadi promoter untuk diorang, do check them. haha. click here -----> http://cstproduction.com

Wednesday, October 20, 2010

lapuk !

semilan (9)

kad bank aku buat hal. time orang tengah desperado nak guna duit ni la tak boleh nak withdrawn. malu aku nak pinjam-pinjam duit member ni. dah la akhir-akhir sem ni memang semua tengah kering.

pastu tiba-tiba tengah tak ada duit, aku nak pegi shopping-mopping. terbaek kan?
jangan risau. before start shopping, aku akan try guna kad bank tu. aku comfirm mesti boleh withdrawn punya!

aku dah tau sangat dah strategi kau kad oi!
tiap kali cakap nak pegi shopping berjimba mesti kau tiba-tiba sihat walafiat terus boleh keluar duit banyak banyak.

sudah la. tu semua dah lapuk!

jom pegi berjimba geng! sebelum aku pinjam duit korang dengan lebih banyak.


tired !

malas nak update blog.

hanya masuk untuk baca blog mereka-mereka sahaja.

enuff said, exhausted la!
nanti dah minum kacip kak timah, saya kasi update in serious manner.

kemaruk dengan Taylor Swift dengan harapan boleh dapat Suzuki Swift bedebuk dari langit. olalaaaa~ berangan lagi!

last word.
officially dah TAMAT semester 3. study week begins here !

Monday, October 18, 2010

tak perlu la begitu...

hari ni internet laju.
boleh jadi stalker. bolah main komen-komen kat fb. boleh baca banyak blog. boleh usha gambar-gambar.

tiba-tiba tertengok folder gambar cousin kat fb. awek dia tag.
mula-mula boleh la senyum-senyum tengok kebahagian mereka. next pic, ok lagi. next next pic, aku tengok gambar macam dalam bilik hotel. orang lain tangkapkan kot gambar ni. next pic lagi. comfirm ni gambar tangkap sendiri. nauzubillah. bukan la nak cakap aku ni alim ke ape. tapi, rasa macam kesiannya parents dia kalau tau anak dia macam ni. tapi doa-doa jugak benda yang aku pikir ni tak betul.

tak habis lagi tengok album tuh. aku next next next kasi cepat sikit.
ok! kali ni memang kesian. sebab gambar time meet the future-in-law, awek die bertudung bagai. pastu, masuk kereta, tinggal berdua, tudung dah terbang entah ke mana.
mengeluh aku tengok...

bagi aku, kalau kau betul free-hair, tak perlu la nak hipokrit jumpa in-laws family kau pakai tudung bagai. setakat baju sopan, standard la. biarla in-law kau terima kau seadanya. and knowing my cousin's family, parents dia akan terima aje macam mana baik buruk menantu dia. tapi tak tau la pulak kalau menantu dia tak dapat terima.

kau dah besar. boleh pikir sendiri kan?
lagipun, kubur lain-lain.
btw, kalau jodoh panjang, kita bersaudara jugak.

kosong-kosong

Sunday, October 17, 2010

bus stop



tiga gadis duduk-duduk bersembang sambil menunggu bas. tidak lama kemudian, tiba satu geng budak laki. mereka buat bodoh.

dengan disedari, geng lelaki tadi dah pecah dua group. satu group lintas depan. tiga minit lepas tu, satu group lagi ambil turn melintas depan gadis-gadis itu.

lepas lima minit. si jersi merah melintas untuk membeli air. sekilas dipandang dengan pandangan pelik.

lepas satu minit. si jersi merah lalu semula. create awareness la kau ni bro!

bas datang.
dalam kepala dah bayang port tengah bas. dapat tidur nyenyak.
gadis-gadis terus angkat beg, naik bas.
penuh! yang tinggal seat depan.
bantai. duduk je la.

group laki tadi create awareness lagi. lalu-lalang tepi bas. ni macam sengaja je. si jersi merah senyum. gadis bertudung pink senyum kembali. tak mahu dikata sombong. tiba-tiba si jersi merah berdiri di depan pintu bas. dia menggamit si tudung pink untuk turun. tapi, tidak dilayan.

gadis berdua sudah senyum. mula tahu agenda si jersi merah. jenguk-jenguk, kelihatan si jersi sedang menconteng sesuatu di atas kertas iklan. tergelak mereka melihat gaya si jersi.

drebar bas akhirnya mula mengambil tempat.
tapi, si jersi sempat menghulur sehelai kertas kepada si tudung pink sebelum pintu bas tertutup untuk memisahkan mereka.



sekarang bukan tudung je yang pink, muka pun dah pink pink.
kata si tudung pink, "aku rasa mata kelembai aku ni yang create awareness!"
tapi kata si gadis kosong. "tak sia-sia kau tak makan hari ni. kempis perut kau tu dah tunjuk belang."

perghhhh! aku pikir benda macam hanya wujud dalam novel. tak sangke tak sangke!
Haha. kelakar giler bila ingat balik pasal benda ni.

daring giler kau bro!

Saturday, October 16, 2010

fifth

the end of the sem.
study week.

'focus study! go go!'
'lepak-time'
'time nak study, mata mesti ngantok!'
'berehat-rehat di rumah'

hari ni...
macam-macam post yang wujud di facebook.
standard la. baru 1st day study week. banyak lagi masa.

aku pun tak nak la hipokrit sangat bajet macam dah habis baca tiga empat buku.
kalau dengar aku cakap macam tu, jangan percaya!

aku siap cakap lagi nak berjimba time study week. heboh nak balik sana-sini dari last week lagi.
tanya sana-sini sape yang free & available during this week.
keluarkan purse time dinner tadi. aik?
CANCEL semuanya!
kalau dah ongkosnya tak de, kejadahnya nak berjimba!

Allah memang sayangkan aku.

kosong-kosong

Friday, October 15, 2010

all day in kfc

-one against three-

kami ber-empat.
kosong, satu, dua, & tiga.
semua benda kami nak buat bersama.

kosong : observe, analyse, interpret & conclude.
satu : introduction. search and collecting data sambil ajak kosong.
dua : additional collecting data.and follow-up. try to analyse and interpreting data bersama kosong.
tiga : observe. messaging. calling. dating while others busy. printing.

kosong & dua memang tak suka tengok tiga melayan benda-tak-berkenaan waktu kerja tengah banyak.
satu pulak cepat stress and desperate nak semuanya siap cepat.
tiga pulak tak paham dengan body-language kami yang asyik suruh 'STOP doing anything not-related!'

conclusion dari kosong & dua : assignment group memang STRESS sebab kami banyak kena buat kerja orang lain.

sebenarnya, banyak juga masalah kalau semuanya HARUS dibuat bersama.
why not kita try work alone pulak?
tengok sape yang menganga waktu nak submit nanti.
*devil laugh*

kosong-kosong

thanks geng

baru perasan, ada ayat yang aku tukar kaler lain still remain kaler hitam.
cis! tak de feel la kalau gini.
blog aku ni masalah ke, aku yang bermasalah?

takmo ulas panjang-panjang. perut dah bunyi *keriuk keriuk*.

just wanna say thanks to my group members and housemates.

berjaya siapkan report ontime! hoyeehhh!
video arab pun sangat sukses sampai kena gelak depan kelas. ustaz memang awesomeness larh!
presentation lambat lagi. rilek-rilek dulu.
test tinggal satu je lagi. lepas tu aku nak trus chow balik ghumah!

really miss my homeee... =))

Wednesday, October 13, 2010

RRI

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 27 juta orang.

10 juta darinya ialah lelaki. Jadi tinggal 17 juta pompuan.

12 juta pula ber agama lain. Jadi tinggal 5 juta pompuan.

Dari 5 juta ini, 3.5 juta sudah berkahwin.tinggal la 1.5 juta

Dari 1.5 juta ni,1.3 juta bawah umur dan melebihi umur ku.so tinggal la 200 ribu

Tolak 185 ribu ialah awek orang,aku xkaco.tinggal la 15 ribu awek

Dari 15 ribu awek ni.9000 xleh pakai.perangai teruk,Termasuk la dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara.

Tolak 4000 pengkit,tomboy,etc yang tak nak couple couple ni

Dari 2000 awek ini,1923 darinya berada di luar Negara.jadi tinggal lah 77 awek

Dalam 77 awek ni,59 ialah adik beradik ku,sedara mara yang muhrim

Manakala 17 darinya aku dah pikat,tapi kena rejek..huhu

Kini tinggal lah kau sorang..tu pun kau xsudi couple dengan aku..huhu -RRI-


i found this in my friend's note.


RRI , ramai lagi kot bilangan awek di malaysia yang available! kau yang malas nak cari sebenarnya~

kosong-kosong yer~

Tuesday, October 12, 2010

imagination.

semua orang pun berimaginasi kan.
ayat mudah paham... berangan!

bayangkan kalau kanak-kanak tidak lagi berimaginasi tinggi.
stress kan diorang?

imagine pulak kalau kanak-kanak terlampau berimaginasi tinggi melampaui batas.
kita pulak stress.

kecik-kecik dulu aku selalu imagine benda-benda yang tak sepatutnya kita imagine.
imagine pasal tuhan. imagine pasal malaikat. imagine pasal nabi-nabi.

Barat pulak dengan ideologi dan gambaran 'angel' dengan sayap dan berpakaian putih.
ah! tu semua nak menipiskan iman aku la tu.

tapi orang zaman sekarang punya imaginasi sangattttttt di luar batasan.
tak bagi faedah pulak tu!

kalau betul kau ada imaginasi tinggi, buktikan!
buktikan dengan cipta kereta yang boleh terbang untuk aku.
menyampah aku tengok kereta yang ada sayap macam boleh terbang ditambah bunyi enjin yang turbo sangattttt grrrrrrrr...mengancam macam bunyi kapal, tapi bila jalan jammed, terkemut-kemut gak depan aku!

aku memang tengah berangan.



Monday, October 11, 2010

10.10.10

Allah nak tunjukkan, tarikh tu memang memberi ingatan untuk dikenang.

Takziah untuk keluarga mangsa kemalangan Simpang Ampat.

bergenang air mata baca pengalaman mereka yang terlepas dari kemalangan tu.

" Ya Allah, kau himpunkanlah mereka dalam golongan mereka yang beriman "

Sunday, October 10, 2010

in progress

in the making to a-complete-ONE

ni la 10.10.10 yang orang bangga-banggakan.

akan penat for this whole last week :

presentation tak sudah-sudah.
report tak gheti nak siapkan.
video tak edit dengan alasan movie maker problem.
test tak study.



last before masuk study week.
lastt for this sem sebelum hadap final.
lassttt untuk sem yang sangat buzyyyy & banyak masalah ni.

tahan sikit. sikit je lagiii.

*homesick*

three-quater

meet me, kosong.
kawan-kawan aku ade lagi sembilan. just count from one till nine.
ouh~ good try.
eventually latest geng aku tak sampai sembilan pon. ade satu, enam, lapan dan sembilan. kadang-kadang tiga wujud. yang lain-lain masih belum dapat dinamakan.

tujuan berblog? ermm. aku berblog sebab minat nak ketuk-ketuk keyboard dengan ber-tujuan. btw, thanks kepada sesape yang termasuk or terbaca blog ni.
aku ni pemalu. hihihi. tapi kadang-kadang aku tak la malu sangat.

to make it simple. this is just a booooringgggg postttttttttt sambil tunggu siaran persandingan kayangan sheikh muszafar.

Tahniah kerana berjaya habis baca entri ini.
lepas post a-complete-one, MAYBE aku akan lebih serius...

MAYBEEEE...we'll see

half-of-one

half-of-one



orang miskinn memang kene berusehe kuat sikit.

jadik kene betahaan. betahan.





for some reasons, i adore your quote!