Sunday, October 17, 2010

bus stop



tiga gadis duduk-duduk bersembang sambil menunggu bas. tidak lama kemudian, tiba satu geng budak laki. mereka buat bodoh.

dengan disedari, geng lelaki tadi dah pecah dua group. satu group lintas depan. tiga minit lepas tu, satu group lagi ambil turn melintas depan gadis-gadis itu.

lepas lima minit. si jersi merah melintas untuk membeli air. sekilas dipandang dengan pandangan pelik.

lepas satu minit. si jersi merah lalu semula. create awareness la kau ni bro!

bas datang.
dalam kepala dah bayang port tengah bas. dapat tidur nyenyak.
gadis-gadis terus angkat beg, naik bas.
penuh! yang tinggal seat depan.
bantai. duduk je la.

group laki tadi create awareness lagi. lalu-lalang tepi bas. ni macam sengaja je. si jersi merah senyum. gadis bertudung pink senyum kembali. tak mahu dikata sombong. tiba-tiba si jersi merah berdiri di depan pintu bas. dia menggamit si tudung pink untuk turun. tapi, tidak dilayan.

gadis berdua sudah senyum. mula tahu agenda si jersi merah. jenguk-jenguk, kelihatan si jersi sedang menconteng sesuatu di atas kertas iklan. tergelak mereka melihat gaya si jersi.

drebar bas akhirnya mula mengambil tempat.
tapi, si jersi sempat menghulur sehelai kertas kepada si tudung pink sebelum pintu bas tertutup untuk memisahkan mereka.



sekarang bukan tudung je yang pink, muka pun dah pink pink.
kata si tudung pink, "aku rasa mata kelembai aku ni yang create awareness!"
tapi kata si gadis kosong. "tak sia-sia kau tak makan hari ni. kempis perut kau tu dah tunjuk belang."

perghhhh! aku pikir benda macam hanya wujud dalam novel. tak sangke tak sangke!
Haha. kelakar giler bila ingat balik pasal benda ni.

daring giler kau bro!

2 comments:

  1. cube kau citer betul2..
    aku x dpt nak tangkap ni..
    otak lembab lak tetibe..haha

    ReplyDelete
  2. hahaha. maaf la~
    x gheti nak bercerite.

    senang citer, laki tuh bg no kat awek tu time 1st time meet di bus stop

    ReplyDelete