Sunday, October 24, 2010

the most inspiring wishes

Buat Anaku !
Selamat menyambut Hari Lahir
Belajar terus belajar
Ingat lah bahawa ibu dan ayah tiada dapat memberikan dan meninggalkan harta dunia selain dari ilmu
Jika Ibu dan Ayah tiada duit akan diusahakan samada mengeluar dari sumber simpanan, meminjam di Institusi Kewangan mengadu pada saudara, memgadai atau mencairkan harta ,semuanya untuk memberikan kejayaan anaku menimba ilmu.
Disamping itu percayalah bahawa segala usaha ini adalah diatas titik peluh dan kudrat ibu dan ayah mu - DEMI ALLAH
Ayah dan Ibu tak minta apa-apa
Ingat akan Ayah dan Ibu cukuplah
Bukan pembalasan harta keduniaan dipinta , doakan sahaja kiranya kami tiada di dunia lagi
Sebagai Anak yang sulung
Adalah tugas mu untuk mengawasi dan membimbingnya untuk kesejahteraan dunia dan akhirat
Jika kami telah menempa kejayaan
Ingat bukan wang dan harta yang di pohon , saperti pesan orang yang lebih tua
Lawatailah orang tua mu semasa masih dapat di lihat, berbual dengannya semasa masih boleh berkata-kata. Rasai kemesraan tangannya semasa ianya masih boleh mempunyai daya rasa.
Suapkan makanan kemulutnya semasa ianya masih boleh makan dan minum.
Jangan lupa kitapun akan tua suatu masa nanti tak perlu bertangguh
Untuk anakku ,belajar dan kejar cita-cita mu.
Ingat dengan doa Ibu dan Ayah disamping Usaha dan keberkatan Allah pasti kejayaan diperolehi..



Inilah ucapan hari lahir dari seorang ayah untuk anaknya. dan inilah ucapan yang paling bermakna tak kira bila masa, i'll never forget it.

Happy Birthday to me, have a blast 20's
&
Happy Birthday ayah, hope we can do well
for our family

No comments:

Post a Comment